Thursday, February 16, 2012

KARNIVAL WOW PUTRAJAYA 2012

promote cikit....korang nti jgn lupa datang beramai2 ke karnival ni k...mcm2 de...

Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi menyahut hasrat kerajaan untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria terutamanya selepas waktu pejabat dan hujung minggu, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) akan sekali lagi menganjurkan Karnival “Wow! Putrajaya” pada 23-26 Februari 2012 di Sisiran Tasik, Presint 2.

Bagi menambahkan kemeriahan Karnival yang bertemakan "Wilayah Persekutuan Hijau" yang akan mengetengahkan pencapaian Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan agensi di dalam inisiatif menghijaukan negara ini, Karnival ini akan mengekalkan acara yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas seperti pertunjukan “tatoo” ATM, persembahan kesenian dan kebudayaan, “hot air balloon”, Upin & Ipin, Pertandingan Fotografi, Sukan Rakyat, Karaoke dan Futsal serta Cabutan Bertuah. Di samping itu, Karnival Wow! Putrajaya pada tahun ini turut memperkenalkan beberapa acara baru antaranya adalah usaha mencipta The Malaysia Book of Records bagi penyertaan “Putrajaya Inter Parks Ride yang teramai, “Master Gardener”, pameran pelancongan dari negeri Perak dan Kelantan, Formula 1 Simulator Championship, Perkampungan Budaya Antarabangsa, Boboiboy, Lawak “Wow! Putrajaya” serta “Artists Corner”. Hadiah menarik juga turut disediakan di dalam pelbagai pertandingan antaranya pertandingan anak seiras ibu/bapa, Wow “Arm Wrestling”, Wow “Crazy Chef” dan “Sausage Warrior” serta kuiz “Hijau”.

TV AlHijrah juga akan membuat rakaman untuk program “60 Minit Bersama Ustaz Don” pada 23 Februari 2012 jam 8.30 mlm. di Tapak 1, Karnival “Wow! Putrajaya” di mana Kumpulan Raihan juga akan membuat kemunculan istimewa.

Para pengunjung juga berpeluang untuk menderma dan memenangi Cabutan Bertuah yang keseluruhannya bernilai lebih RM15,000 di mana hasil jualan Cabutan Bertuah ini akan didermakan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Saksikanlah juga M.Nasir, Ella, Ramli Sarip, Meet Uncle Husein, Black, Stacy dan Mila dalam Konsert “Wow! Putrajaya” pada 9.00 malam, 25 Februari 2012 yang akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Sehubungan dengan itu, bagi menggalakkan orang ramai mengunjungi karnival ini, pihak PPj ingin memohon kerjasama dan bantuan pihak tuan/puan untuk membuat hebahan kepada seluruh warga agensi/keluarga/jiran tetangga tuan/puan mengenai Karnival “Wow! Putrajaya” ini.

Kerjasama dan sokongan pihak tuan dalam bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Karnival “Wow! Putrajaya” tahun ini amatlah dihargai. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.ppj.gov.my (http://www.ppj.gov.my/portal/page?_pageid=311,1&_dad=portal&_schema=PORTAL#1833) atau https://www.facebook.com/putrajaya.

Sekian, terima kasih.

MEH DATANG MEHHH....MCM2 ADE...

No comments: